Thursday, November 15, 2012

Pengelasan Haiwan

Marilah penjelajah muda.....sudah bersedia untuk meneroka?

Mari kita mulakan penerokaan ke alam haiwan yang penuh dengan keseronokan!!!

Tahukah kamu bahawa haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar?

Dua kumpulan utama itu adalah kumpulan haiwan yang bertulang belakang atau vertebrata dan kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang yang dipanggil invertebrata.

Haiwan dalam kumpulan vertebrata ini pula dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang dipanggil  
i) mamalia
ii) reptilia
iii) amfibia
iv) burung (aves)
v) ikan (pisces).

Kumpulan invertebrata juga dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan  
i) haiwan bersel satu (protozoa)
ii) haiwan berpori (porifera)
iii) haiwan berongga (coelenterata)
iv) haiwan lembut (mollusca)
v) cacing (vermes)
vi) haiwan berkulit duri (echinodermata)
vii) haiwan berkaki ruas (arthropoda)
viii) lipan
ix) labah-labah
x) udang
xi) serangga
xii) krustasea

No comments:

Post a Comment