FAKTA MENARIK

Semut
Haiwan paling banyak di muka bumi ini adalah semut. Dianggarkan nisbahnya adalah satu juta ekor semut bagi setiap orang!

Anai-anai 
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan tiga puluh ribu (30 000) telur setiap hari.


Kanggaru

Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh tanah. Ekor kanggaru bertindak sebagai tongkat semasa ia melompat.



Tupai
Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.


Ikan Matahari (Mola-mola)
Mola-mola juga dipanggil ikan matahari merupakan ikan bertulang yang terbesar di dunia. Ia boleh membesar sehingga kira-kira 2300 kilogram, iaitu lebih kurang sama berat dengan lori pickup. Ikan besar ini boleh menjadi sepanjang 4 meter dari kepala hingga ke ekor dan sepanjang 3 meter dari belakang ke perutnya!

Badak Air
Badak air melahirkan anaknya di dalam air dan ia juga menyusukan anaknya di dalam air, namun begitu, anak badak air juga keluar dari air sesekali untuk bernafas!

Tapak Sulaiman
Tapak sulaiman boleh mempunyai sehingga 16 lengan!!!


Paus Biru
Ikan Paus Biru adalah haiwan mamalia terbesar di dunia. Beratnya semasa lahir adalah 50 tan, dan apabila ia membesar beratnya boleh mencecah 150 tan!!

Gajah
Belalai gajah mampu mengesan saiz, bentuk dan suhu objek y ang disentuhnya. Gajah menggunakan belalainya untuk mengangkat makanan dan menyedut air lalu mencurahkannya ke dalam mulut.
 
Cheetah
Cheetah mempunyai penglihatan waktu siang yang sangat mengagumkan, ia boleh melihat mangsanya dari jarak 5 kilometer.

1 comment: