Friday, December 21, 2012

Haiwan Bersel Satu (Protozoa)

Haiwan bersel satu juga dikenali sebagai organisma bersel satu, berukuran sangat kecil. Ia tidak boleh dilihat dengan pandangan mata kasar dan hanya boleh dilihat dengan bantuan alat seperti mikroskop. Haiwan ini hidup di tempat yang mempunyai air atau cecair seperti dalam air sungai, kolam, laut  malah dalam darah juga!

Organisma bersel satu ini makan tumbuhan dan organisma bersel satu yang lain juga.

Organisma bersel satu membiak dengan cara membelah dirinya.

Friday, December 7, 2012

Aves (Burung)

Burung merupakan haiwan bertulang belakang yang berdarah panas. Burung bernafas melalui paru-paru. Ia mempunyai sepasang sayap, mempunyai paruh yang tidak bergigi dan mempunyai dua kaki.

Badan burung dilitupi dengan bulu pelepah dan mempunyai sisik pada kaki.

Ia membiak dengan cara bertelur dan telurnya dilindungi oleh cengkerang yang keras. Burung akan mengeramkan telur mereka hingga ia menetas. Ibu burung akan memberi makan dan menjaga anak mereka sehingga ia boleh terbang dan mencari makanan sendiri.

Kebanyakan burung boleh terbang, tetapi terdapat juga burung yang tidak boleh terbang seperti penguin, burung unta dan burung kiwi dan emu.

Antara contoh burung adalah :
parakeet

ayam

emu

flamingo

helang

murai
penguin

burung unta

merpati

Pisces (Ikan)

 Ikan merupakan haiwan bertulang belakang yang hidup di dalam air. Ia adalah haiwan berdarah sejuk.

Ia bernafas melalui insang.

Ia mempunyai sirip untuk membantunya bergerak di dalam air.

 Ia membiak dengan cara bertelur. 

Antara contoh ikan adalah :

ikan sepat

ikan kapi
ikan-ikan di kawasan batu karang

haruan
ikan salmon

jerung

ikan parrot

ikan merah

Haiwan Amfibia

Amfibia adalah haiwan bertulang belakang yang berkulit licin dan lembab. Ia tidak berbulu. Ia juga termasuk dalam kategori haiwan yang berdarah sejuk iaitu haiwan yang mempunyai suhu badan mengikut suhu persekitarannya.

Ia boleh hidup di dua alam iaitu di dalam air dan di atas daratan. Ia bernafas melalui paru-paru dan kulit.

Ia membiak dengan cara bertelur di dalam air. Telurnya tidak mempunyai cengkerang tetapi dilindungi dengan lendir.

Proses pembesaran amfibia melalui proses metamorfosis iaitu proses kitaran hidup yang berubah dari segi fizikal.

Kitaran hidup katak


Contoh haiwan reptilia adalah :


katak
salamander







newt

Thursday, December 6, 2012

Haiwan Reptilia

 Haiwan reptilia adalah haiwan bertulang belakang yang berdarah sejuk.  Suhu badannya boleh berubah-ubah mengikut suhu persekitarannya. Kebanyakan haiwan reptilia tinggal di kawasan tropika. Ketika cuaca panas, reptilia akan berendam di dalam air untuk menyejukkan badan, dan ketika cuaca sejuk dan basah, ia akan membina sarang dan tinggal di bawah tanah sehingga cuaca kembali panas.


Ia bernafas melalui paru-paru.

Ia mempunyai kulit bersisik kering. Kulit ular dan mengkarung akan mengelupas dengan sendiri apabila ia sudah sedia untuk digantikan dengan kulit yang baru.

Ia membiak dengan cara bertelur. Biasanya telur itu bercengkerang keras atau kukuh seperti kulit. Ia mengeramkan  telur menggunakan haba tanah sama ada mengeramkan di dalam sarang seperti buaya atau di dalam tanah seperti penyu.

Sesetengah reptilia mempunyai empat kaki dan ada juga yang tiada kaki.

 Antara contoh haiwan reptilia adalah :



ular

mengkarung
kura-kura gergasi

buaya
penyu

Monday, December 3, 2012

Haiwan Mamalia

Haiwan mamalia adalah haiwan bertulang belakang yang mempunyai saraf tunjang.

Ia berdarah panas dan bernafas dengan menggunakan paru-paru.

 Ia juga mempunyai jantung dengan empat ruang dan mempunyai cuping telinga.

Badannya pula diliputi oleh bulu dan mempunyai kelenjar peluh.

Mamalia betina melahirkan anak dan menyusukan anak mereka.

Antara contoh haiwan mamalia adalah :

kuda
ikan lumba-lumba
badak air
gajah
arnab
kucing

Wednesday, November 28, 2012

Haiwan Yang Tidak Bertulang Belakang

Haiwan yang tidak bertulang belakang (invertebrata) ini biasanya bersaiz lebih kecil.

Haiwan-haiwan yang berada dalam kumpulan ini termasuklah :

* haiwan bersel satu (protozoa) contohnya: kuman, paramesium
* haiwan berpori (porifera) contohnya: batu karang
* haiwan berongga ( coelenterata) contohnya : obor-obor
* haiwan lembut (mollusca) contohnya : sotong

* cacing (vermes) contohnya : pacat
* haiwan berkulit duri (echinodermata) contohnya : tapak sulaiman
* haiwan berkaki ruas (arthropoda) contohnya : lipan, labah-labah, udang dan serangga
* haiwan berkulit keras (krustasia) contahnya : udang karang, ketam


krustasia

echimodermata

porifera

vermes

mollusca

arthropoda
krustasia
protozoa